Realitas Ilmu
Nabi Muhammad (saw) berkata: “Ilmu tidak (diperolehi) melalui kuatnya
belajar. Bahkan, itu adalah cahaya yang Tuhan pancarkan ke dalam hati
sesiapa yang Dia hendak berikan petunjuk.” [Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jilid 67,
ms 140]
Semua cabang Ilmu, tidak kira apa juga jenisnya, boleh dibahagikan ke dalam dua
kategori yang luas: (1) Ilmu Pengetahuan Akhirat, yang bermatlamat untuk mencapai
kedudukan tinggi di sisi Allah, berbakti kepada makhluk Allah, dan mendapatkan
ganjaran di Akhirat. (2) Ilmu Pengetahuan Dunia, yang bermatlamat untuk mengejar
kebendaan, kekayaan, kedudukan social, dan kepuasan egoistik dan bermotifkan
kepentingan diri. Dari itu, niat disebalik mendapatkan ilmu itulah yang menentukan
untuk keduniaan atau akhirat
Setiap jiwa yang berterusan mensucikannya dari condong kepada maksiat dan
mencintai diri akan menerima ilham jiwa yang suci (malaikat). Ilmu yang di perolehinya
adalah ilmu yang hak, ilmu ketuhanan; kerana ilmu itu akan memimpinnya melakukan
amalan terpuji dan membawanya hampir kehadirat Ilahi. Ilmu yang hak ini adalah lampu
kerohanian yang memandu dan menunjukkan ke jalan yang lurus kepada Allah dan
tempat yang bahagia..
Jiwa yang dikuasai oleh kecintaan diri dan condong kepada maksiat akan menerima
ilham berkerekter syaitan, akan membuatnya jadi bertambah jahil (i.e menjadi jahil dan
jahil terhadap kejahilan diri) dan terdapat penutup yang membuatnya buta pada realiti
tujuan penciptaan Ilahi, sifat-sifat Tuhan dan kehidupan akhirat. Dari itu, apa juga ilmu
yang diperolehi akan membawanya kematlamat dunia, bermotif kepentinggan diri,
bertindak keji dan akhirnya membawa ke Neraka.
Nabi Muhammad (saw) berkata: “Sesungguhnya ilmu mengandongi yang tiga ini:
‘tanda pasti’, ‘sekadar tugas’ dan ‘sunnah yang termaktub (kaedah)’.
Selebihnya adalah berlebihan.” [Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 1, "kitab fadl al-'ilm",
"bab sifat al-'ilm wa fadluh", hadith #1]
Ungkapan ‘tanda pasti’ bermaksud pengetahuan rasional, doktrin yang sebenar dan
pengajaran dari Ilahi. ‘Sekadar tugas’ bermaksud pengetahuan etika dan pembersihan
diri. ‘Sunnah yang termaktub’ merujuk kepada pengetahuan dari aspek matematik dan
yang melibatkan semacam aktiviti fisikal. Ada kalanya menuntut ilmu menjadi ‘sekadar
tugas’ dan pada masa yang lain ‘sunnah yang termaktub’.
Pengetahuan perubatan, anatomi, astronomi, astrologi dst apabila di lihat padanya
sebagai tanda-tanda dan simbol-simbol Ilahi, dan juga pengetahuan berkaitan sejarah dan
ketemadunan, apabila di lihat padanya sebagai cara-cara untuk mendapatkan pengajaran
dan teguran adalah termasuk juga dalam kategori ‘tanda pasti’ kerana dengan cara itu
ilmu mengenai Ke Tuhanan atau ilmu mengenai akhirat boleh di perolehi atau disahkan.
Mulianya Menuntut Ilmu yang Hak
Nabi Muhammad (saw) berkata: “Seseorang yang berjalan di jalan menuntut
ilmu, di masa yang sama Allah menjadikannya berjalan menuju ke Syurga.
Dan sesungguhnya para-para malaikat mengembangkan sayap mereka untuk
para penuntut ilmu dengan perasaan gembira. Sesungguhnya setiap makhluk
di langit dan di bumi meminta ampun untuk penuntut ilmu, termasuklah ikan
di laut. Kemuliaan orang yang ‘alim (berilmu) di atas orang yang abid (taat)
adalah seperti mulianya bulan diatas bintang-bintang di malam bulan penuh.
Yang berilmu adalah pewaris para Nabi, kerana para Nabi tidak meninggalkan
warisan harta tetapi ilmu. Maka sesiapa yang mengambil bahagian akan
mendapat manfa’at yang banyak.”[Al-Kulayni, al-Kafi, jilid 1, kitab fadl al-'ilm,
hadith # 1]
Sifat-sifat Moral Ilmu yang Hak
Ilmu, apabila di dapati dengan kesucian, tanpa kepentingan diri dan niat kerana
Allah, akan mengubah personaliti seseorang menjadi seperti makhluk langit (malaikat).
Orang berilmu sedemikian menjadi jelmaan sifat yang digerakkan Allah, maka kerekter,
pertuturan dan tindakkannya membayangkan semuanya.
Imam Ali (as) pernah berkata: ‘Wahai penuntut ilmu, ilmu mempunyai banyak
kemuliaan. (Jika kamu bayangkannya sebagai manusia maka) kepalanya
adalah rendah diri, matanya adalah bebas dari iri hati, telinganya adalah
kefahaman, lidahnya adalah kebenaran, mindanya adalah penyelidikkan,
hatinya adalah niat yang baik, inteleknya adalah ilmu (ma’rifah) mengenai
benda dan perkara, tangannya adalah belaian kasih sayang, kakinya adalah
menziarahi yang berilmu, keazamannya adalah kejujuran, kebijaksanaannya
adalah ketaqwaan, tempat tinggalnya adalah keselamatan, kemudinya adalah
kesihatan, tunggangannya adalah ketaatan, senjatanya adalah kelembutan
berbicara, pedangnya adalah berpuas hati (ridha), tunduknya adalah
kesabaran, tenteranya adalah perbincangan dengan yang berilmu, hartanya
adalah pekerti yang mulia, simpanannya adalah menahan diri dari maksiat,
kelengkapannya untuk perjalanan adalah kesucian, air minumnya adalah
lemah lembut, petunjuknya adalah petunjuk Ilahi, dan sahabatnya adalah
mencintai yang terpilih.” [Al-Kulayni, al-Kafi, kitab fadl al-‘ilm, bab al-nawadir,
hadith # 3]
Rasulullah (saw) telah ditanya: “Apa itu Ilmu?” Baginda menjawab: “Berdiam
diri”. Baginda ditanya: “Kemudian?”. Baginda berkata: “Dengarkan dengan
penuh perhatian”. Baginda ditanya: “Kemudian?” Baginda berkata: “Ingat”.
Baginda ditanya: “kemudian?” Baginda berkata: “Amalkan (yang dipelajari).”
Baginda ditanya: “Kemudian?” Baginda berkata: “Sampaikan.”Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, jilid 2, ms 28]
Imam Ali (as) pernah berkata: “Terdapat tiga tanda orang berilmu: “Ilmu, Sabar
dan Diam.” [Ibid, jilid 2, ms 59]
Dilarang Mencari Ilmu untuk …
Menurut dari ajaran Ahlul Bayt (as) keturunan Rasulullah (saw), adalah dilarang
menuntut ilmu untuk keduniaan atau bertujuan kepentingan diri.
Imam Ali (as) berkata: “Jangan mencari ilmu untuk empat tujuan:
(1)Mengagungkan diri dihadapan manusia berilmu (2) Berhujah dengan yang
jahil (3) Mununjuk-nunjuk di dalam perhimpunan manusia (4) Menarik
perhatian manusia untuk mendapatkan jawatan untuk berkuasa.” [Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, jilid 2, ms 31]

No comments:
Post a Comment